Pada tanggal 19 Februari 2011 merupakan hari yang penuh bersejarah bagi semua warga UiTM Kampus Bandaraya Melaka kerana sekali lagi menerima kunjungan daripada Naib Canselor UiTM iaitu Dato' Prof. Ir. Dr Sahol Hamid Bin Abu Bakar yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan Majlis Ramah Mesra Naib Canselor UiTM Bersama Warga UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Kampus UiTM Melaka iaitu Dato' Prof Madya Dr Mizan Bin Hitam bersama Pengarah-pengarah Kampus UiTM dari seluruh negara sambil diiringi oleh pukulan kompang dan tepukan gemuruh daripada seluruh warga UiTM yang tidak sabar menanti ketibaan beliau. Selesai sesi bersalaman, beliau dan semua hadirin memasuki auditorium bagi menjayakan Majlis Ramah Mesra Bersama Naib Canselor UiTM.
Majlis pada petang itu dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Wawasan Setia Warga UiTM beserta bacaan doa bagi memberkati majlis tersebut. Sesi ramah mesra dimulakan setelah saudari pengerusi majlis memperkenalkan latar belakang beliau kepada semua hadirin. Pelbagai pandangan dan persoalan diajukan kepada beliau oleh para hadirin yang hadir dalam majlis tersebut.
Beliau menerima semua pandangan dengan hati yang terbuka serta menjawab segala persoalan dengan memberikan jawapan yang bernas bagi merungkai persoalan dan permasalahan yang dihadapi oleh para hadirin. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Dato' Dr Mizan kepada Dato' Dr Sahol
Hamid dan sesi bergambar bersama beliau sebagai tanda kenangan. Sekian.
No comments:
Post a Comment